Mohamad Sabu tewas dengan undi pos
Adnan Ibrahim
KUALA TERENGGANU - Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu kalah dengan undi pos hanya majoriti 628 undi.
Sebelum undi pos dikira Mohamad Sabu mendahului calon BN dengan majoriti 288 undi.
Mohamad memperolehi 31,851 dan BN 31,563. Namun selepas undi pos dikira Mohamad hanya menambah 83 undi 31,934 manakala BN naik mendadak kepada 32,562 undi.
Mohamad Sabu antara bekas ahli Parlimen yang lantang bersuara memperjuangkan kenaikan gaji anggota keselamatan dan tentera ketika memenangi kerusi di Kuala Kedah pada pilihan raya umum 1999 dan di Parlimen Kubang Kerian dan Nilam Puri.
Mengulas kegagalannya, beliau menyifatkan masyarakat di kawasan parlimen tersebut tidak memberi undi majoriti mungkin dengan alasan calon dari luar.
"Undi kepada saya kurang seribu lebih di setiap Dun iaitu Batu Burok, Wakaf Mempelam dan Ladang kecuali di Bandar, perbezaan dengan calon PKR itu tidaklah begitu ketara sangat," ujarnya ketika ditemui di sini malam tadi.
PAS menang di ketiga-tiga Dun tersebut sementara PKR kalah di Dun Bandar. Suatu yang agak pelik apabila ketiga Dun dimenangi sebaliknya Parlimen tidak dikuasai PAS.
Menurut pemerhati politik senario perpecahan dalaman Umno dan tidak suka kepada calon yang dibariskan Pengerusi BN Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh jelas ditunjukkan pada pola pengundian tersebut. - mj
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.