Halaman

Rabu, 5 Mac 2008

Pakeda berkampung di Kepala Batas bantu kempen Abdullah
Mohd Sabri Said


KEPALA BATAS (Hrkh) - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islam (Pakeda) berkampung di Parlimen P.41 Kepala Batas sejak minggu lalu membantu calon Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mereka bertekad membantu disebabkan Dato' Seri Abdullah merupakan penaung Pakeda berbeza dengan zaman bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Lokasi operasi Pakeda ialah berhadapan Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Kepala Batas yang mana banyak bendera 'tiga line' merah, kuning dan hijau berkibar di khemah sehingga mengganggu tempat letak kereta.

Jentera Pakeda ditugaskan, bukan sahaja meronda tetapi juga akan bertindak sebagai samseng bila ada pihak cuba menentang jentera Umno yang sedang mengantung bendera, perayu undi atau semasa kempen dihari pengundi kelak.

Di era Tun Mahathir berkuasa dulu, Pakeda tidak diberikan suara walaupun ada yang bertindak menyokong kepimpinan BN tetapi ia berubah bila Dato' Seri Abdullah diangkat menerajui negara.

Selepas sahaja Dato' Seri Abdullah mengantikan Tun Mahathir, Pakeda terus 'naik tocang' apabila mereka menubuhkan Yayasan Pakeda Malaysia di Kuala Lumpur yang mana banyak projek diagihkan kepada pertubuhan itu sejak kebelakangan ini melalui menantunya, Khairy Jamaludin.

Justeru, sebagai mengingati jasa penaung Pakeda pengikutnya terpaksa bekerja keras memastikan penaung persatuan mereka berjaya atau tidak mengurangkan majoriti yang diperolehi sewaktu pilihan raya umum ke-11 lalu. - mns

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.