Halaman

Sabtu, 8 Mac 2008

Pengundi miliki kad pengenalan tanpa gambar ditemui di Bachok
Salmah Mat Hussin


BACHOK (Hrkh) - Sehingga pukul 4.30 petang tadi, proses perjalanan pilihan raya berjalan lancar meskipun terdapat laporan mengenai pengundi pelbagai identiti wujud di beberapa pusat mengundi termasuk di Bachok.

Tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) yang terdapat dalam Parlimen Bachok iaitu Perupok, Tawang dan Jelawat juga berjalan lancar, walaupun terdapat insiden yang tidak diingini seperti pengundi yang telah mati diambil peluang oleh pengundi lain.

Selain itu juga terdapat pembawa kad pengenalan palsu tanpa gambar dibawa oleh seorang pemuda berusia lingkungan 30-an.

Bagaimanapun pengundi tanpa identiti itu tidak berjaya mengundi kerana dihalang oleh seorang ‘counting agen’.

Calon PAS Kawasan Parlimen Bachok, Ustaz Nasaruddin Md Isa, memberitahu ‘mood’ pilihan raya yang berjalan hari ini bermula pagi tadi hingga sekarang 4.30 petang, berjalan lancar.

Menurutnya, tiada sebarang perkara buruk yang diingini berlaku kecuali beberapa kes penipuan seperti menggunakan kad pengenalan palsu dan sebagainya.

Ketika ditemui di pusat pengundian Sekolah Menengah Dato' Perdana, beliau berkata melihat pada luarannya sokongan pengundi terhadap PAS begitu memberangsangkan.

“Mana-mana tempat yang kita pergi, itulah yang dapat kita lihat sokongan, sambutan begitu memberangsangkan,"katanya.

Tambahnya lagi, begitu juga dengan bangsal panas yang disediakan pihak petugas PAS juga menjadi tumpuan para pengundi. - wann/mks.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.