Sokong pembangkang, kata Hindraf pada kaum India
Harakahdaily KUALA LUMPUR (Hrkh) - Semua penyokong Hindu Right Action Force (Hindraf) dan kaum India di negara ini diminta untuk menyokong dan mengundi calon-calon pembangkang dalam pilihan raya umum kali ini.
Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy semasa membuaut kenyataan tersebut berkata, selepas 50 tahun, Hindraf percaya bahawa masyarakat India Malaysia telah matang di segi politik dan kini sudah dapat melihat kelicikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikuasi oleh Umno.
Memetik kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau berkata bahawa Hindraf bukan menentang kaum Melayu ataupun agama Islam.
Beliau berkata, pihaknya percaya dan menghormati prinsip-prinsip bahawa semua agama adalah setaraf sepertimana yang jelas didefinasikan di bawah perundangan antarabangsa.
"Kita telah hidup dalam aman dan harmoni bersama orang Melayu, tetapi Umno yang menguasai kerajaan BN telah melaksanakan dasar-dasar 'pecah dan perintah' rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama," tambahnya lagi.
Waytha Moorthy juga mendakwa, Umno telah menyemai perasaan takut di kalangan orang Melayu mengenai tuntutan Hindraf.
Katanya, ini kerana merek takut kehilangan monopoli "keistimewaan kelas elit" yang mereka nikmati sejak 50 tahun, di sebalik topeng hak istimewa Melayu, tetapi mengabaikan masyarakat Melayu yang miskin.
"Masanya telah tiba bagi semua rakyat Malaysia untuk berfikir secara global dan untuk kepentingan negara yang lebih luas demi kebaikan negara.
"Marilah kita melakunya dengan menafikan BN majoriti dua pertiga sebagai 'langkah pertama' dan terus berusaha mewujudkan perwakilan pembangkang yang progresif, padu dan kuat di parlimen," tambahnya lagi.
Pada 25 November tahun lalu, Hindraf telah menganjurkan satu perhimpunan yang disertai kira-kira 30,000 orang sebahagian besarnya, kaum India kerana membantah peminggiran kaum tersebut.
Ekoran itu, lima pemimpinnya telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). P Waytha Moorthy kini tinggal di London. - mks.
How I wish they would go and support the oppositions but I have doubts that majority of them will.
BalasPadamMalay Women in Malaysaia