Ungku Aziz anggap pilihan raya umum buka " Buku baru" senario politik tanah air
PETALING JAYA: Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz menyifatkan keputusan pilihan raya umum Ke-12 Sabtu lepas yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), sebagai sesuatu yang diluar jangkaan dan membuka "buku baru" dalam senario politik tanah air.
"Ini (keputusan pilihan raya) bukan sematamata bab baru dalam sebuah buku tetapi perubahan yang tidak disangkasangka itu merupakan satu buku baru untuk suasana politik di negara ini" katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku terbitan terbaru MPH Group Publishing, "Sayang: Pantun Dan Seloka Kanak-kanak di sini hari ini.
Ditanya mengenai kegagalan BN memperoleh majoriti dua pertiga bagi kerusi Parlimen, beliau berkata tidak guna untuk menyalahkan sesiapa dalam hal ini.
"Menuding jari tidak akan membuahkan hasil dan hanya membuang masa," katanya dan menambah bahawa semua pihak dalam BN kini harus menyedari apa yang mereka lakukan selama ini dan berusaha memperbaikinya. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.