Halaman

Khamis, 13 Mac 2008

Wakil PAS MB baru Perak, dibantu dua timbalan bukan Melayu
Oleh Malaysiakini


Wakil rakyat PAS Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas gabungan DAP-PAS-PKR berjaya menawan Perak. Mohamad Nizar, seorang jurutera, menang di kerusi Pasir Panjang dengan majoriti 4,474 undi.

Sementara dua timbalannya diberikan kepada wakil rakyat bukan Melayu, seorang pemimpin DAP dan seorang lagi, belum dipastikan, seorang wakil rakyat keturunan India.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN, pembangkang merebut 31 kerusi dengan meninggalkan BN 28 kerusi sahaja.

DAP menang di 18 kerusi, PKR (tujuh) dan PAS (enam).

Sultan Perak sudah memperkenankan calon barisan pembangkang itu selepas mereka menghadap baginda petang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.