Halaman

Sabtu, 3 Mei 2008

Hadapi krisis makanan: Hidupkan semula LPN


KUALA LUMPUR : Kerajaan perlu mengembalikan semula peranan Lembaga Padi dan beras Negara (LPN) bagi membolehkan persoalan keselamatan makanan negara ditangani dengan baik.

Bekas Ketua Pengarah Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) 1989 - 1992, Datuk Mohd Amir Yaakub berkata, hanya dengan cara inilah kerajaan boleh mengawal balik industri terpenting negara ini.

Industri padi dan beras negara telah diserahkan kepada pihak swasta apabila peranan LPN telah diserahkan kepada syarikat padi dan beras negara, Bernas pada tahun 1984.

Datuk Amir, ketika ditemui Siasah baru-baru ini, bersetuju dengan pendapat seorang profesor bahawa kerajaan telah tidak lagi menjaga kepentingan industri padi dan beras negara sejak 15 tahun yang lalu sebaik sahaja Bernas ditubuhkan.

Datuk Amir, dipenghujung keriernya selaku Ketua Pengarah LPN telah menulis satu laporan khas pada 16 September 1992 kepada Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Datuk Ahmad Sarji Abdul Hamid bagi menerangkan kepentingan industri padi dan beras negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi baru-baru ini memaklumkan kerajaan akan memperkukuhkan kembali industri makanan negara dengan menambah satu lagi jelapang padi negara di Sarawak.

Di Dewan Rakyat, Abdullah memaklum, kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menangani persoalan makanan dan kenaikan harga makanan.

Jawatankuasa ini akan disertai oleh pelbagai pihak termasuk dari pemimpin pembangkang.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.