95 peratus pengundi setuju undi tidak percaya kepada PM
Azamin Amin
KUALA LUMPUR (Hrkh) - Hampir 95 peratus pengundi di laman web Parti Progresif Sabah (SAPP) bersetuju bahawa undi tidak percaya parti itu kepada Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah relevan.
Undian itu telah dilancarkan selepas pengumuman parti itu semalam yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Abdullah dalam sidang Dewan Rakyat Isnin depan.
Antara beberapa sebab usul itu dikemukakan ialah masalah isu pendatang tanpa izin, tindakan menaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan sehingga membebankan rakyat miskin khususnya di Sabah.
Begitu juga dengan ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti yang sering kali diabaikan kerajaan pimpinan Abdullah.
Selain itu, laman web tersebut terut mengemukakan keputusan poll yang mana sejumlah 86 peratus dari 6,126 pengundi memilih untuk SAPP keluar dari Barisan Nasional (BN) dan seterusnya menyertai Pakatan Rakyat manakala 10 peratus pengundi yang mewakili 633 mahukan SAPP keluar dari BN dan tidak menyertai kumpulan.
Laman web berkenaan boleh dikunjungi di http://sapphq.blogspot.com/ dan undian terhadap usul tidak percaya dan SAPP keluar BN masih dijalankan sehingga dua bulan lagi. - mns_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.