Bukan Petronas, kerajaan pusat yang halang royalti – Mustafa
Suhaimi Taib
KUALA TERENGGANU - Purata pendapatan hasil petroleum dan gas untuk negeri Terengganu sehingga kini ialah kira-kira RM20 bilion, kata bekas Exco Kerajaan Negeri itu, Dato' Mustafa Ali.
"Ini dikira, harga minyak mentah USD70 setong, harga minyak diperolehi sebanyak RM2 bilion setahun. Apa lagi jika harga itu mencecah USD135 setong sudah pasti ia melebihi anggaran yang dibuat oleh saya tadi," jelasnya ketika bercakap sebagai Ahli Panel 'Forum Royalti Minyak' di Kuala Ibai, petang semalam.
Menurutnya, Terengganu hanya menerima RM434 juta wang suku kedua wang royalti lima peratus untuk tahun 1999 pada Mac tahun 2000 ketika PAS memerintah Terengganu.
Selepas itu tidak ada royalti minyak diterima untuk negeri Terengganu kerana pada September tahun yang sama, Kerajaan Pusat menghantar surat kepada kerajaan negeri itu memberitahu bahawa royalti berkenaan telah ditarik balik.
Katanya, sudah lapan tahun kes tuntutan royalti petroleum dan gas dibawa ke mahkamah dan kini perbicaraan kes itu dibekukan bimbang keputusan mahkamah menyebelahi rakyat dan negeri itu bahawa royalti petroleum dan gas perlu dikembalikan kepada yang berhak (Kerajaan Negeri Terengganu).
"Barisan Nasional (BN) juga bimbang jika PAS kembali memerintah negeri tersebut. Jika itu berlaku , Umno Terengganu akan berkubur," jelasnya.
Mengimbau kembali sejarah pertemuan wakil kerajaan Terengganu termasuk beliau dan lain-lain dengan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, beliau menjelaskan bahawa Petronas tetap membayar lima peratus wang berkenaan kepada kerajaan Malaysia setiap tahun.
Bagaimanapun, kata Mustafa wang itu dimasukkan ke dalam Akaun Khas ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat, tidak diberikan kepada kerajaan negeri Terengganu untuk dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan dan diperbahaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
Ahli Panel forum tersebut terdiri daripada Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof.Dr Aziz Bari, Prof Mohamad Abu Bakar dan Dato' Mustafa Ali. - mks._
itu mahathir punya angkara, tetapi dia juga sekarang bising mengkritik kerajaan dipinpin pak lah si lena. dia sepatutnya meminta maaf kepada rakyat terengganu.
BalasPadam