Demonstrasi salah satu cabang dakwah, tarbiyah
Izwan Abdul Halim
KOTA SARANG SEMUT (Hrkh) - Menyertai demonstrasi adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan syariah sebaliknya merupakan satu dari cabang dakwah dan proses pentarbiyahan.
Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Zainal Asri Romli, demonstrasi dalam harakah merupakan satu uslub daripada uslub dakwah dan satu wasilah daripada wasilah dakwah.
"Kita jangan terpengaruh dengan pandangan yang mengatakan demontrasi ini sebagai 'ghairu syarie' (tidak syarie) sebab ia juga merupakan satu pentarbiyyahan juga," ujar beliau ketika ditanya Harakahdaily berhubung demonstrasi yang dicetuskan sebagai bantahan kepada kenaikan harga minyak.
Menyertai demonstrasi menurut beliau, adalah proses untuk mentarbiyah diri.
"Kalau demontrasi kita tidak berani sertai, apatah lagi perang yang sememangnya lebih dahsyat," tuturnya berkias mengakhiri temubual tersebut. - mks. _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.