Halaman

Jumaat, 13 Jun 2008

Gelap masa depan
Oleh WARTAWAN KOSMO!


KUALA LUMPUR - Ramai pengusaha stesen minyak di seluruh negara tidak menolak kemungkinan terpaksa menghentikan penjualan minyak diesel dalam masa terdekat jika langkah menaikkan komisen tidak dilakukan segera.

Kebimbangan itu menurut Pemangku Presiden Persatuan Pengusaha Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Abdul Wahid Bidin berlaku kerana pengusaha tidak ada pilihan lain setelah harga bahan bakar tersebut dinaikkan RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.

Kenaikan itu, dakwanya menyebabkan pengusaha terpaksa menjual pada kadar yang tidak menguntungkan termasuk seramai 3,400 ahli PDAM sendiri.

Lebih buruk, katanya, peningkatan penggunaan kad kredit juga menyebabkan komisen mengecil sedangkan pengusaha membeli stok secara tunai.

"Kalau masalah ini berterusan, ramai pengusaha akan menghentikan penjualan diesel minggu depan.

"Kami rugi jual diesel, keuntungan untuk seliter hanya 4.5 sen dan apabila ditolak dengan kos pengeluwapan (cecair menjadi wap dan hilang diudara) sebanyak 1 peratus ditambah pula dengan cas kad kredit harganya bukan lagi pada harga kos tapi negatif," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambah beliau, semua pengusaha kini terpaksa menambah modal sebanyak 50 peratus untuk menampung kenaikan harga minyak.

"Dulu untuk petrol bagi satu tangki lori berharga RM30,000 kini mencecah RM103,000 dan bagi diesel pula daripada RM40,000 sekarang kepada RM80,000 secara tunai,'' ujar beliau.

Pengusaha stesen minyak, Hasnan Itam memberitahu, jualan di stesennya jelas merosot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.