Halaman

Khamis, 19 Jun 2008

Ketua Pembangkang Syor Serah Laporan RMK 9 Sebelum Bersidang


KETUA Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesorkan agar salinan Laporan Pertengahan Penggal RMK 9 dapat diserahkan kepada semua Ahli Dewan sekurang-kurangnya seminggu sebelum persidangan bermula.

Laporan berkenaan yang sepatutnya dijadualkan pada 23 Jun ini harus diserahkan awal kerana adual persidangan agak ketat dengan pelbagai aturan mesyuarat.

“Saya mengesyorkan agar salinan Laporan RMK 9 tersebut dapat diserahkan kepada semua Ahli Dewan sekurang-kurangnya seminggu sebelum persidangan bermula,” katanya dalam suratnya kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Haji Mulia, 9 Jun lalu
Tambah Dr Wan Azizah aporan RMK 9 adalah dokumen penting yang menentukan halatuju negara. Justeru masa yang mencukupi harus diberikan kepada Ahli-ahli Dewan untuk mengkaji, meneliti dan memahami laporan tersebut.

“Ahli Dewan juga dapat membuat penilaian semula terhadap cadangan-cadangan projek terutama pasca kenaikan harga petrol,”katanya lagi.

Tambahnya, ini juga akan melancarkan perjalanan persidangan dengan tumpuan diberikan kepada isu-isu penting tanpa diganggu hal-hal berkenaan tafsiran dan pemahaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.