HALAMAN SANTAI

Jumaat, 20 Jun 2008

Mahkamah tolak permohonan MWSB batal saman RM1j
Metro


KUALA LUMPUR: Permohonan Mawi World Sdn Bhd (MWSB) untuk membatalkan saman RM1 juta yang difailkan syarikat pengeluar minuman air mineral, Yassa Sdn Bhd (YSB) sekali lagi ditolak dengan kos oleh Mahkamah Tinggi (Dagang) di sini, semalam.

Hakim Datuk Ramly Ali membuat keputusan itu selepas pihak defendan mengemukakan notis rayuan berhubung keputusan Penolong Kanan Pendaftar, Noorasyikin Sahat yang menolak permohonan sama dengan kos, pada 14 Februari lalu.

Pada 18 Januari tahun lalu, MWSB memfailkan permohonan bagi membatalkan saman terbabit dengan menyenaraikan beberapa alasan.

Antaranya, tindakan saman oleh YSB tidak mendedahkan apa-apa kuasa tindakan yang munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan serta menyalahi prosedur mahkamah.

MWSB diwakili peguam Juliana Mohamed manakala YSB diwakili peguam Adnan Seman @ Abdullah.

Terdahulu, syarikat MWSB milik Raja SMS, Asmawi Ani atau Mawi, disaman RM1 juta berikutan didakwa mengeluarkan produk air mineral tanpa kebenaran syarikat asal.

YSB memfailkan saman dan menuntut ganti rugi dengan menamakan MWSB yang beralamat di No 43A, Jalan SG 3/10, Taman Seri Gombak, Batu Caves, sebagai defendan.

Tiada ulasan: