Najib tidak berpeluang jadi PM?
Oleh G. MANIMARAN
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tidak akan menjadi Perdana Menteri menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagaimana diperkatakan?
Jika diselami pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya hari ini, Najib tidak berpeluang menggantikan Abdullah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.
"Saya bukan nujum dan saya tidak dapat teka apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang.
"Tetapi saya boleh ramal memandangkan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-12 (8 Mac lalu) di bawah pimpinan Abdullah yang di pengaruhi oleh anak dan menantunya.
"Selain memberi gula-gula kepada bahagian dan cawangan, dan berbilion ringgit kepada Sabah dan Sarawak tidak ada usaha yang menepati kehendak dan mesej pengundi dalam pilihan raya umum ke-12," kata beliau.
Dalam kritikan berterusan menerusi blog selepas meninggalkan Umno bulan lalu, tambah Dr. Mahathir, hanya dengan meletak jawatan baru Abdullah dapat memulihkan UImno dan prestasi kerajaan.
"Tetapi ini tidak sanggup dibuat oleh Abdullah. Oleh itu, tidak ada harapan yang Umno akan dipulihkan dan Najib menjadi Perdana Menteri," katanya.
Dr. Mahathir menambah, "saya percaya kali ini Umno dan Barisan Nasional akan hancur langsung. Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri dan dianya tidak akan dapat serahkan jawatan Perdana Menteri kepada mantan timbalannya, Najib."
Malah dalam tulisannya, beliau juga menyentuh nasib Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar, Dato Seri Rais Yatim yang menurutunya "akan terkapa-kapa tidak tahu nak buat apa."
"Apakah Tan Sri Muhyiddin akan bertanding timbalan melawan Najib atau bertanding presiden melawan Abdullah? Apakah jawatan yang hendak ditandingi oleh Rais?
"Sesungguhnya dengan pengisytiharan persefahaman antara dirinya dengan Najib, Abdullah telah berjaya mematahkan segala cabaran terhadap dirinya. Disember ini Abdullah tetap menang tanpa bertanding," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.