HALAMAN SANTAI

Rabu, 11 Jun 2008

Noraini: Boleh kerja sambilan
Malaysiakini


Timbalan menteri sumber manusia Datuk Noraini Ahmad mengalu-alukan kakitangan awam untuk melakukan kerja sambilan pada hujung minggu untuk menambahkan pendapatan mereka bagi menghadapi masalah kenaikan harga barangan.

Noraini berkata, pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melarang kakitangan awam melakukan pekerjaan sampingan.

"Tetapi dengan kenyataan Tan Sri Amirsham semalam, kami merasakan memang amat-amat mengalu-alukan asalkan kita (kakitangan awam) tahu tanggungjawab mereka ataupun tugas utama mereka.

"Tidak melebihkan kerja sampingan takut mengganggu produktiviti," katanya selepas pelancaran buku panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Gombak hari ini.

Noraini diminta mengulas kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz berhubung kakitangan awam dibenarkan kerja sambilan seperti disarankan oleh Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Noraini menambah, kebenaran untuk berbuat demikian hendaklah diperoleh daripada JPA terlebih dahulu.

Tiada ulasan: