Panjat siling kerana ketagih arak
Harian Metro
TAMPIN: Akibat ketagihan alkohol, seorang pesakit nekad memanjat siling untuk keluar mencari arak, namun dia terjatuh dan nyaris mencederakan seorang pesakit lain yang nyenyak tidur, awal pagi kelmarin.
Kejadian berlaku di wad empat Hospital Tampin di sini, kira-kira jam 3.30 pagi. Sebelum kejadian, pesakit lelaki berusia 30-an itu dikatakan tidak dapat tidur lena kerana ketagihan arak.
Untuk menghilangkan ketagihan, dia memanjat siling di bilik air wad terbabit untuk mencari jalan keluar dari hospital.
Tindakannya menyebabkan ada pesakit serta kakitangan hospital menyangka bunyi bising seolah-olah orang berlari di siling, adalah angkara makhluk halus.
Beberapa jururawat yang bertugas bagaimanapun membuat pemeriksaan dan mendapati seorang pesakit tiada di katilnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan