Sebuah parti keluar BN bulan ini - Ku Li
MENTAKAB: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mendakwa sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) akan meninggalkan parti itu sebelum hujung bulan ini.
Bekas Menteri Kewangan itu bagaimanapun tidak menamakan parti yang dikatakan akan keluar dari BN itu.
"Saya mendapat berita bahawa satu parti akan keluar daripada BN sebelum hujung bulan ini," dakwanya ketika menghadiri majlis Perhimpunan CawanganCawangan Umno Pahang di sini.
Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan