Tun Dr.Mahathir: Orang Melayu punya hak tuntut sebahagian kekayaan negara tanpa ambil hak orang lain
Newskini
TELUK INTAN: Mantan Perdana Menteri dan Pengerusi BN Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini menegaskan bahawa orang Melayu mempunyai hak untuk menuntut sebahagian dari kekayaan negara, tanpa perlu mengambil hak orang lain.
Dalam ucapan di Teluk Intan dalam majlis anjuran Badan Waris Pekembar, beliau mengingatkan bahawa orang Melayu membuka tanahair kepada orang lain dan sanggup berkongsi kekayaan negara, sehingga satu peringkat menjadi golongan yang tertinggal arus pembangunan. Maka orang Melayu, sebagai majoriti penduduk tanahair perlu berbuat sesuatu, termasuk mengadakan dasar dasar tertentu dengan persetujuan majoriti untuk membetulkan keadaan.
Beliau menjelaskan walaupun orang Melayu melebihi 60% penduduk, mereka hanya mahukan 30% dari kekayaan, yang diujudkan dengan peluang peluang baru melalui dasar dasar tertentu.
“Kita adakan peluang perkerjaan dan perniagaan melalui Kerajaan kerana peluang yang sama amat kurang dalam sektor swasta, dimana orang lain menguasai hampir sepenuhnya”, mengupas dasar Kerajaan membantu orang Melayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan