my metro
PUTRAJAYA: Sebanyak 36,234 kes demam denggi, dengan 80 kematian dilaporkan di seluruh negara sejak awal tahun ini sehingga Sabtu lalu, kata Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai.
Beliau berkata walaupun terdapat penurunan kes sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, tetapi terdapat trend peningkatan kes terutamanya di Selangor, Perak, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Johor dan Melaka sejak sebulan lalu.
“Kementerian memberi perhatian serius kepada trend peningkatan kes denggi dan ia wajar diberi perhatian oleh orang ramai kerana dengan kedatangan musim hujan, potensi pembiakan nyamuk aedes akan meningkat dan ini dikhuatiri boleh meningkatkan penularan demam denggi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya kementerian itu akan melancarkan kempen kesedaran denggi secara besar-besaran yang akan dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah serta di sekolah dan agensi swasta bagi meningkatkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam menangani isu terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.