Halaman

Jumaat, 17 Oktober 2008

Atuk durjana, rogol anak jiran 60 kali

Sinar Harian.


SELAYANG BARU - Tidak sepadan dengan usia sudah menjangkau warga emas, seorang lelaki berusia 64 tahun yang hanya tinggal di rumah bersebelahan, sanggup merogol anak bongsu jirannya berusia 10 tahun lebih daripada 60 kali.

Suspek yang dikenali dengan nama ‘Tok Dad’, dilihat oleh jiran-jiran sebagai seorang yang pandai melayan kanak-kanak itu dikatakan sering mengumpan mangsa dengan kata-kata ‘tolong atuk buat kerja’ yang kemudiannya diupah aiskrim dan wang RM10.

Bapa kepada kanak-kanak malang yang hanya mahu dikenali sebagai Shaari, berkata, dia amat marah dan sedih dengan perbuatan suspek yang diumpamakannya seperti binatang itu.

“Bayangkan mengikut laporan forensik, orang tua tu dipercayai sudah melakukan perbuatan terkutuk ini lebih 60 kali, sejak 2007 lagi! Kita anggap dia macam bapa, tambahan pula telah lama berjiran. Memang tak sangka dia sanggup buat macam ni.

“Sebelum ini dia macam biasa sahaja. Tidak menunjukkan tanda-tanda. Setiap hari pula tu, kita nampak dia bersembahyang di surau,” kata Shaari kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya petang semalam.

Menurutnya, suspek yang sudah biasa dengan keluarganya, selalu berkunjung ke rumah, malah anaknya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mencurigakan, melainkan perubahan fizikal badan yang naik secara mendadak, baru-baru ini.

Menceritakan detik pecahnya tembelang si perogol, Shaari berkata, ia hanya disedari setelah dia menyuruh seorang lagi anaknya iaitu kakak mangsa, berusia 15 tahun memanggil adiknya yang berada di rumah suspek untuk pulang setelah masuk waktu solat Maghrib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.