Halaman

Rabu, 15 Oktober 2008

Jawatan pengetua kanan mungkin ditarik balik

UTUSAN ONLINE


KUALA TERENGGANU – Kementerian Pelajaran tidak teragak-agak menarik balik jawatan Pengetua Kanan yang diwujudkan selama ini jika penyandang didapati gagal menunjukkan prestasi memberangsangkan.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, pengetua yang menerima pelantikan itu seharusnya menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang bagi memastikan pendidikan anak-anak terus meningkat.

Malah katanya, pelantikan itu merupakan satu amanah yang perlu dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab untuk memastikan pendidikan negara terus cemerlang dengan mempamerkan kepimpinan yang tinggi.

`` Beberapa kriteria diberi perhatian seperti keputusan peperiksaan dan sistem pengurusan sekolah bagi melihat pencapaian dan kecemerlangan yang dilakukan oleh pihak pengetua,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Profesional Majlis Pengetua Kanan Kebangsaan dan Majlis Anugerah Pelan tikan Pengetua Kanan Bagi Negeri Terengganu dan Kelantan di Hotel Permai Park In di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.