Halaman

Isnin, 20 Oktober 2008

Nik Aziz dirawat di HUSM

MY METRO


KOTA BHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tidak dapat menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ketiga bagi penggal pertama tahun ini yang berlangsung seminggu mulai hari ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Aziz dinasihatkan oleh pakar perubatan HUSM agar berehat beberapa hari lagi.

“Doktor telah menasihatkan Menteri Besar supaya berehat di hospital untuk sehari dua lagi dan Insya-Allah bila benar-benar sihat, beliau akan kembali menghadiri persidangan Dewan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Ahmad berkata Nik Aziz dimasukkan ke HUSM sejak semalam dan keadaannya dilapor tidak membimbangkan.

Beliau merasa tidak sihat selepas turut mengadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 di Kuala Terengganu, selama dua hari yang berakhir Khamis lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.