My metro
PULAU PINANG: Seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan kamera perubatan yang mampu mendapatkan imej wajah manusia dengan tepat, yang pertama seumpama itu di negara ini.
Pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Pergigian Dr Zainul Ahmad Rajion berkata inovasi pertama seumpamanya di Malaysia itu mampu mendatangkan manfaat besar dalam bidang perubatan di negara ini.
Beliau yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang pengimejan kraniofasial (wajah) berkata dua produk bermutu tinggi iaitu “MyCranio dan MyCast“ berfungsi untuk pengaplikasian sistem kamera photogrammetric dalam pengimejan perubatan.
“Penyelidikan kedua-dua produk itu dilakukan sejak empat tahun lalu dan ia bakal memberi manfaat besar dalam bidang perubatan negara khasnya dalam kaedah klinikal dan pembedahan kerana ia berfungsi mendapatkan gambaran wajah asal manusia dengan tepat.
“Selain itu, ia juga mampu menghasilkan imej wajah manusia berkualiti tinggi menggunakan teknik terkini dalam bidang teknologi serta mendapatkan pengukuran yang lebih tepat dalam sesuatu analisis,” katanya pada sidang akhbar di USM di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan