BERNAMA
KUALA LUMPUR — Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini dukacita kerana telah berlaku satu kesilapan kecil dalam penyiaran berita/ percetakan artikel yang menyentuh kenyataan akhbar khas Raja-Raja Melayu semalam. Menurut beliau, ada pihak yang melaporkan bahawa kenyataan akhbar khas itu adalah hasil daripada perbincangan dan keputusan yang diperbuat dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
“Apa yang sebenarnya ialah bahawa kenyataan akhbar khas itu adalah hasil daripada perbincangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang diperbuat dan diputuskan sebelum baginda berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 16 Oktober 2008,” jelasnya.
Kenyataan Akhbar Khas Raja-Raja Melayu itu adalah berhubung hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum-Kaum Lain mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.