Halaman

Khamis, 16 Oktober 2008

'Semangat Hindraf tidak akan pudar'

Malaysiakini


Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) menyifatkan keputusan mengharamkan pertubuhan itu semalam menunjukkan kefahaman kerajaan tentang nasib kaum "masih lapuk".

"Jelas sekali kerajaan mempunyai kefahaman yang lapuk terhadap keadaan itu (keterpinggiran India), mereka tidak dapat melihat masalah sebenar yang dialami oleh sebahagian utama penduduk Malaysia ini," kata pengerusinya P Waythamoorthy.

Beliau, yang berada di London sejak siri tangkapan terhadap barisan pemimpin utama Hindraf, menegaskan semangat penyokong perkumpulan itu tidak akan pudar dengan tindakan terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Mengisytiharkan Hindraf sebagai pertubuhan tidak sah tidak akan sekali-kali melunturkan semangat yang mencetuskannya.

"Hindraf mewakil perasaan yang menebal dalam jiwa jutaan penduduk India di sini dan peringkat antarabangsa," tambahnya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam menyatakan pengisytiharan itu diwartakan berkuatkuasa serta-merta setelah wujud bukti pergerakan itu boleh "memudaratkan akhlak, ketenteraman awam dan keselamatan negara."

"Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," katanya.

Perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di kementeriannya mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.