HALAMAN SANTAI

Isnin, 13 Oktober 2008

Shahrizat terus dicalonkan tanding ketua Wanita

MALAYSIAKINI


Datuk Shahrizat Abdul Jalil mendapatkan 13 pencalonan hari ini bagi jawatan ketua Wanita Umno Malaysia.

Antara bahagian yang mencalonkan beliau hari ini adalah Wanita Sepanggar di Sabah.
Naib ketua Wanita Umno itu terus mendapat pencalonan bagi jawatan nombor satu pergerakan tersebut, walaupun penyandangnya, Tan Sri Rafidah Aziz telah mengumumkan pelan peralihan kuasa kepada Shahrizat.

Semalam, Shahrizat dicalonkan oleh lapan bahagian untuk bertanding jawatan ketua, iaitu Teluk Kemang, Kinabatangan, Kalabakan, Bukit Gelugor, Bagan Seri, Bukit Gantang, Kampar dan Beruas.

Wanita Sepanggar turut mencalonkan ketua Umno Kuala Kangsar, Datuk Kamaliah Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

Selain Shahrizat dan Kamilah, calon-calon untuk jawatan naib ketua ialah Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said dan ketua Wanita Johor, Datuk Halimah Siddiq.

Sementara itu, Rafidah memperolehi 11 lagi pencalonan hari ini, menjadi jumlah keseluruhan 52 pencalonan, melebihi kuota kelayakan bertanding jawatan itu.

Kuota kelayakan minimum bagi bertanding jawatan ketua pergerakan Wanita adalah sebanyak 38 pencalonan

Biarpun sebelum ini Shahrizat ada berkata beliau tidak bertanding jawatan ketua Wanita, namun Shahrizat Abdul Jalil tetap menerima pencalonan daripada 13 bahagian.

Beliau mendapat tambahan lima pencalonan hari ini dari bahagian Kota Belud, Permatang Pauh, Setiawangsa, Sepang dan Sepanggar hari ini.

Bagi jawatan naib ketua, Shahrizat telah mendapat 52 pencalonan, melebihi had kelayakan minimum bertanding jawatan tersebut.

Kouta kelayakan minimum untuk bertanding jawatan naib ketua Wanita ialah 29 pencalonan.

Kamilia yang juga ketua Wanita Umno Kuala Kangsar mendapat tujuh pencalonan, melalui empat lagi pencalonan hari ini dari bahagian Kota Belud, Setiawangsa, Sepang dan Sepanggar.

Halimah pula memperolehi dua pencalonan manakala Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said mendapat empat pencalonan.

Tiada ulasan: