Halaman

Selasa, 11 November 2008

Kerajaan PR bersikap terbuka, tidak halang guna kemudahan

SINAR HARIAN


PANDAMARAN – Kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menghalang mana-mana pihak mahupun individu bagi menggunakan segala kemudahan yang disediakan di negeri ini kerana sememangnya untuk rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya memberi kebenaran tersebut selari dengan dasar keterbukaan yang diamalkan dalam pemerintahan PR di Selangor.

“Semuanya (kemudahan yang ada)boleh digunakan dengan teratur dan satu perkara semua ini adalah dibiayai oleh rakyat melalui cukai. Jadi kita tidak boleh menghalang rakyat, sama ada rakyat negeri Selangor atau negeri lain kerana mereka berhak menggunakannya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Rumah Terbuka Hari Deepavali Peringkat Negeri Selangor 2008, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari supaya menghalang mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) sama ada di peringkat negeri mahupun Pusat daripada menggunakan segala kemudahan dan harta benda milik kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata, keputusan tersebut tidak bermakna kerajaan negeri menolak cadangan yang dibuat Exco berkenaan sebaliknya akan memberi nasihat kepada Yaakob mengenai cara sebenar yang lebih bijak mengatasi dasar yang diguna pakai pemimpin BN.

“Kalau semua orang tutup, jalan tutup, balai raya tutup maknanya tidak ada kerja lainlah. Saya mahu kurangkan ini (larangan menggunakan prasarana kerajaan negeri) kerana kita terbuka,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.