Halaman

Isnin, 10 November 2008

Kes Altantuya ditangguh Januari 2009

M Khaleel Kas


KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes bunuh model Mongolia, Altantuya Shaaribuu telah ditangguhkan kepada 15 Januari 2009 untuk memberi masa kepada peguambela bagi menyoal saksi-saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato' Mohamad Zaki Mohamad Yasin membuat keputusam tersebut hari ini setelah menerima permohonan daripada barisan peguambela yang mewakili tertuduh, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.

Kedua-dua tertuduh, Azilah dan Sirul telah diarah untuk membela diri oleh hakim pada 31 Oktober lepas atas tuduhan membunuh Altantuya pada November 2006.

Dalam kejadian tersebut, badan model tersebut telah diletupkan dengan bahan letupan di Shah Alam.

Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda yang sebelum ini dituduh bersubahat dalam pembunuhan tersebut telah dibebaskan oleh mahkamah. - mks._

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.