HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 November 2008

Lapor salah laku polis

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyarankan orang ramai supaya membuat aduan berhubung segala salah laku pegawai dan anggota polis dalam usaha memantapkan mutu disiplin pasukan itu.

Beliau berkata, kerjasama masyarakat diperlukan kerana golongan ini sentiasa berdepan dengan polis.

“Kalau ada yang menjadi mangsa kepada salah laku polis, saya minta mereka laporkan supaya kita boleh siasat dan ambil tindakan.

“Bagaimanapun, aduan itu biarlah berasas dan bukan bertujuan untuk menyusahkan seseorang pegawai polis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tiga persatuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan pengarah-pengarah jabatan PDRM lain.

Menurut Musa, langkah-langkah agresif yang diambil turut menyaksikan kadar disiplin pasukan PDRM kini berkurang dan berada pada tahap yang memuaskan.

Katanya, antara langkah diambil termasuk Skim Kawalan Disiplin (SKD) iaitu setiap anggota dan pegawai dipantau oleh penyelia mereka.

“Konsep akauntabiliti dipraktikkan dalam sistem ini yang mana penyelia akan dipertanggungjawab kalau anak buahnya terlibat dalam masalah disiplin.

Tiada ulasan: