HALAMAN SANTAI

Khamis, 18 Disember 2008

1,036 kes kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan

UTUSAN ONLINE


JOHOR BAHRU - Sebanyak 1,036 kes kemalangan membabitkan 203 bas dilaporkan berlaku di lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad sejak Januari hingga November ini di seluruh negara.

Walaupun jumlah tersebut jauh lebih rendah berbanding tahun lalu yang membabitkan 1,134 kenderaan berat, namun pihak PLUS Expressway Berhad (PLUS) percaya ia boleh dikurangkan lagi menerusi kempen kesedaran.

Pengurus Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, keselamatan di jalan raya bukan sahaja terletak di tangan pihak penguatkuasa, tetapi ia bergantung kepada pemandu.

Tiada ulasan: