Oleh LIAU PEI WEN
KUALA LUMPUR – Taman Hill View dan Highland Towers merupakan dua kawasan paling kritikal yang boleh berlaku kejadian tanah runtuh ketika ini jika hujan berterusan.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pencegahan Bencana Antarabangsa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Roslan Zainal Abidin berkata, tahap boleh runtuh di dua lokasi tersebut adalah kritikal, manakala di Bukit Antarabangsa pada tahap tinggi.
“Tanah runtuh akan berlaku di lokasi-lokasi berkenaan jika jumlah hujan turun paling minimum 20 milimeter dalam tempoh seminggu.
“Hujan kerap kali turun pada bulan Mac, November dan Disember. Ia akan mengakibatkan pergerakan tanah sehingga berlakunya kejadian tanah runtuh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.