UTUSAN ONLINE
SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini menegur bekas isteripengacara Akademi Fantasia, AC Mizal yang seolah-olah memakai pakaian umpama hendak pergi berperang ketika menghadiri prosiding di hadapan beliau pagi ini.
Dengan nada lembut dan berkias, hakim syarie Saarani Ismail berkata: ``Pakailah pakaian yang sesuai ketika masuk ke Mahkamah Syariah. Peguam syarie pula sepatutnya menegur anak guam masing-masing dan mintalah mereka menyalin pakaian.
Lagipun prosiding hanya bermula pukul 9 pagi dan sempat untuk menukar pakaian yang lebih sesuai.
``Ini bukan hendak pergi shooting (pengambaran). Pakaian begini, pakai baju di dalam ada di luar pun ada, macam pakaian hendak pergi berperang,`` tegur Saarani.
Shafnie Zainudin, 33, yang diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais menghadiri prosiding dengan memakai kemeja lengan panjang putih berjalur hitam dan memakai vest kelabu yang agak sendat yang tidak menutupi bahagian punggung serta berseluar hitam.
Dalam prosiding hari ini, defendan AC Mizal yang nama sebenarnya Mizal Zaini, 37,dan peguam syarie, Siti Aishah Din masing-masing tidak hadir ke mahkamah. Namun begitu, Siti Aishah melalui surat yang difakskan kepada mahkamah menyatakan, beliau akan pulang ke Kuala Lumpur hari ini selepas menghadiri majlis pentauliahan peguam syarie di Perlis.
Mahkamah menetapkan 13 Januari 2009 untuk membuat keputusan bantahan awal yang ditimbulkan oleh AC Mizal berhubung permohonan Shafnie agar satu perintah komital dikeluarkan bagi menghantar defendan ke penjara. Ini kerana, Shafnie mendakwa AC Mizal telah gagal menjelaskan tunggakan nafkah dua anak lelaki mereka berjumlah RM50,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.