SINAR HARIAN ONLINE
SHAH ALAM - Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menganggap tindakan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sangat biadab dan sengaja menghina institusi kesultanan Raja-Raja Melayu apabila secara terbuka menolak konsep ketuanan Melayu.
Dalam kenyataannya, Syed Ali berkata, Soi Lek sudah melampau dan jelas meniupkan api perkauman yang mana perbuatan tersebut tidak boleh dimaafkan.
“Malah tindakan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang menyokong kenyataan Soi Lek, menampakkan mereka seperti berpakat untuk menguji tahap kesabaran orang Melayu,” katanya.
Syed Ali kesal kedua-dua pemimpin MCA itu sudah lupa asal usul mereka dan tidak tahu berterima kasih setelah menikmati pelbagai kemewahan termasuk diberikan kuasa politik.
“Saya mendesak supaya anugerah Datuk Seri yang dikurniakan oleh Raja Melayu kepada mereka ditarik balik kerana mereka sudah menghina Raja-Raja Melayu dan pemimpin UMNO.
“Kedua-duanya sudah melupai asal usul mereka, maka tiada faedahnya pelbagai gelaran dianugerahkan kepada mereka,” katanya.
Laporan akhbar Jumaat lalu, memetik kenyataan Soi Lek sebagai berkata konsep Ketuanan Melayu di negara ini tidak lagi relevan dan ditolak rakyat pelbagai kaum khususnya generasi muda.
Manakala semalam, Mei Fun menjelaskan bahawa di tanah air ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.
Menurut Syed Ali, pengertian Ketuanan Melayu adalah luas termasuk fungsi kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak negara dan tidak boleh dipertikaikan.
“Disebabkan semangat Ketuanan Melayu itulah, orang Melayu sanggup bermandi darah mempertahankan tanah airnya daripada dicengkam penjajah Inggeris dan ancaman komunis serta Bintang Tiga yang dianggotai orang Cina,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Ali mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat supaya mengambil tindakan tegas ke atas kedua-dua pemimpin tersebut kerana sikap mereka sudah melampau batasan dan tidak menghormati semangat setia kawan Barisan Nasional (BN).
Beliau juga meminta kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) melihat kenyataan Soi Lek daripada sudut undang-undang kerana secara jelas mempunyai unsur menghasut dan boleh memecah belahkan perpaduan rakyat.
“Sekarang jelas Soi Lek dan Mei Fun telah menghina Raja-Raja Melayu dan seluruh umat Melay8u, maka wajarkah kerajaan berdiam diri?
“Sekarang bukan masanya lagi untuk UMNO berlembut kononnya ingin menjaga perasaan rakan-rakan BN, kerana mereka khususnya MCA tidak pernah pun menghormati pemimpin Melayu,” katanya.
Kata Syed Ali, Soi Lek bersikap terlalu biadab dan oportunis dengan menyalakan api perkauman dan perlu bertanggungjawab di atas sikap celupar kerana inginkan populariti murahan.
“Orang Melayu sudah lama bersabar dengan perangai pemimpin MCA dan Soi Lek jangan cuba menjadi jaguh untuk menebus kesilapan lampau beliau yang pernah mencemarkan maruah BN berkaitan skandal seks,” katanya.
Soi Lek dan Mei Fun patutnya sibukkan diri mempelajari sejarah negara ini terlebih dulu sebelum perkata soal Melayu.
BalasPadamSejarah kedatangan imigran Cina juga perlu dihayati dan hati-hati dengan adat resam di sini. Ini bukan China.
Cukuplah beri gelaran kepada kaum ini, dah diberi kerakyatan pun dah cukup baik. Hapuskan sekolah aliran Cina kalau benar mengaku rakyat negara ini...apa perlunya.
Rakyat negara ini telah ada bahasa ibundanya sendiri yakni bahasa Melayu. Itupun kalau sedar tanah ini tanah Melayu.
Pemikiran yang menafikan ketuanan Melayu sememangnya tidak relevan dan cauvinis.
Salam Tuan Haji,
BalasPadamSaya ada buat blog baru seperti berikut:
http://pengajianterbuka.blogspot.com/
dan
http://kelabmayapas.blogspot.com/
Mohon sokongan!
Salam.