HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Disember 2008

Nelayan teruskan boikot biar harga minyak turun

MALAYSIA KINI


Sebanyak 24 persatuan nelayan Selangor dan Perak yang mengepalai mogok 20,000 orang di tujuh negeri meneruskan tindakan itu walaupun kerajaan menurunkan harga minyak 13 sen kepada RM1.30 mulai hari ini.

Mesyuarat persatuan-persatuan itu tengah hari ini di Teluk Intan, Perak memutuskan untuk bertindak demikian sehingga mesyuarat jemaah menteri membincangkan tuntutan mereka, Jumaat ini.

Mereka antara lain menuntut kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel bersubsidi nelayan kepada RM1.

Tuntutan itu dipercayai akan dibawa oleh Menteri Kesihatan dan juga Naib Presiden MCA, Datuk Tiow Tiong Lai dalam mesyuarat kabinet minggu ini.

Difahamkan sekatan eksport hasil laut Malaysia ke Kesatuan Eropah sejak Julai dipercayai memburukkan lagi masalah yang dialami oleh nelayan ini.

Jurucakap persatuan nelayan tersebut Cheah Seng Guan turut membidas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semalam.

"Peruntukan untuk insentif pendaratan adalah RM130 juta setahun, dan jangkaan tuntutan adalah RM11 juta sebulan tapi yang dituntut cuma RM2.9 juta saja.

"Ini bermakna mereka juga mendapat pendapatan yang besar kerana mereka tidak memerlukan insentif ini, (malah) ada yang takut buat pengisytiharan, takut pihak lain mendapat rahsia kejayaan mereka.

"Harga ikan pun dah naik secara purata RM1 sekilogram berbanding tahun lalu. Ini membuktikan mereka tidaklah susah," kata Datuk Mustapa Mohamed.

Cheah menyifatkan kenyataan menteri berkenaan "tidak menggambarkan keadaan sebenar" dan mempertikaikan "sejak bila kami nampak kaya?"

Tiada ulasan: