HALAMAN SANTAI

Rabu, 10 Disember 2008

SUSULAN TRAGEDI TANAH RUNTUH: PERKEMBANGAN HARI INI

Oleh ARIFUDDIN ISHAK
[DIKEMAS KINI, 4 PETANG]


BERIKUT perkembangan susulan pada hari kelima tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

- Jabatan Pendaftaran Negara diarah membantu mangsa kehilangan atau kerosakan kad pengenalan. Jika perlu JPN akan membuka kaunter khas berdekatan tempat kejadian bagi memudahkan mangsa memperbaharui dokumen mereka.

- Penduduk di Jalan Wangsa 11 dari blok pertama hingga rumah bernombor 54 dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana dilaporkan selamat.

- Operasi SAR dihentikan pukul 2 petang tadi.

- Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menjelaskan hanya mangsa dari 14 buah unit banglo yang ranap dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa yang layak mendapat penginapan di hotel.

- Jawatankuasa Bencana Negeri Selangor mengadakan mesyuarat pagi ini.

- Jawatankuasa Operasi akan memutuskan petang ini sama ada meneruskan SAR ataupun sebaliknya.

- Kerja-kerja pembinaan jambatan besi kekal yang menghubungkan laluan utama dengan Taman Bukit Mewah sedang dijalankan oleh JKR. Laluan ini dibina bersebelahan bangunan pencawang TNB yang terletak di Taman Bukit Mewah.

- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini untuk meneliti punca kejadian dan tahap keselamatan di kawasan tanah tinggi jika pembinaan dijalankan.

Tiada ulasan: