Ali Bukhari Amir
Hashim Othman berkata..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Tuan,
Tahniah dan syabas atas usaha tuan yang tidak kenal lelah dan putus asa untuk menyelamatkan bahasa Melayu daripada malapetaka ekoran pelaksanaan dasar PPSMI.
Tidaklah dapat hendak dibayangkan malangnya nasib bahasa Melayu apabila bahasa Inggeris dibenarkan mendominasi pengajaran dan pembelajaran bidang Sains, Matematik dan teknologi dalam sistem pendidikan di negara kita.
Akhirnya, bahasa Melayu akan kehilangan maruah dan martabat, nilai ekonomi serta peranan sebagai pembentuk jati diri warga di negaranya sendiri.
Dengan bilangan penuturnya hampir 300 juta, segala usaha pemimpin yang mendahului kita untuk membina tamadun dan menjadi bangsa besar dan bermaruah akan terkubur apabila bahasa kita sendiri tidak diyakini dapat memainkan peranan alat komunikasi dan alat menimba dan menyebarkan ilmu.
Tidak ada cara lain bagi meneruskan perjuangan untuk menjadi bangsa besar dan bermaruah dengan memanfaatkan semua aspek yang dianugerahi oleh Allah kepada sesuatu bangsa (termasuk bahasa), kecuali menentang dasar PPSMI ini secara berterusan dan berhabis-habisan oleh pejuang dan pencinta bahasa Melayu.
Kini sudah tiba masanya kita (pejuang dan pencinta bahasa Melayu) bersatu bagi menunjukkan sokongan terhadap usaha mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama semua bidang ilmu dalam sistem pendidikan (dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti).
Inilah masanya perjuangan Gapena dan badan-badan bukan kerajaan lain yang membantah dasar PPSMI disokong seluruhnya.
Di samping semua usaha digerakkan untuk menentang penerusan dasar PPSMI, iaitu melalui luahan perasaan, bantahan, saluran perundangan serta penggunaan kuasa undi dalam pilihan raya, saya mencadangkan setiap insan Melayu yang prihatin dengan bangsa dan bahasanya; yang bimbang dengan bencana keruntuhan jati diri yang bakal ditimpakan ekoran dasar PPSMI; dan yang mengharapkan kehidupan sejahtera sebagai satu bangsa bermaruah, untuk bersolat hajat bersama-sama di seluruh negara pada satu waktu yang sama (misalnya pada setiap malam Jumaat awal bulan Hijrah) bagi memohon pertolongan Allah Subhanahu Wataala.
Setelah kita telah berusaha sekuat tenaga berjuang menolak dasar PPSMI tetapi pihak yang memegang kuasa masih berdegil dengan pendirian mereka atas alasan tertentu, solat hajat merupakan cara memohon bantuan Yang Esa.
Kepada yang belum terbayangkan bencana yang bakal menimpa bangsa Melayu akibat dasar PPSMI yang bakal mencacamerbakan bangsa dan generasi akan datang, hayatilah lagu "Ayam Den Lapeh", sebuah lagu klasik masyarakat Minang yang terkenal sejak 1960-an di tanah asalnya di Sumatera dan di Malaysia.
Mesej dari lagu tersebut membawa maksud tiada guna menyesali apa yang telah berlaku apabila semuanya sudah terlewat! Menjelang tahun 2020, pastikah kita mencapai status negara maju melalui penguasaan bidang sains dan teknologi?
Atau, masihkah kita menyanyikan lagu "Ayam Den Lapeh" ketika semuanya telah terlepas? Masih adakah maruah bahasa dan jati diri bangsa!
Azlan berkata..
Assalamualaikum,
Sebenarnya, tindakan melaksanakan PPSMI secara tergesa-gesa tanpa kajian pakar-pakar dan perbincangan ilmiah merupakan satu agenda jahat pihak tertentu untuk menghakis kekuatan bahasa Melayu supaya tidak lagi menjadi bahasa ilmu Sains dan Matematik pada suatu masa nanti.
Usaha bersungguh-sungguh mempertahankan PPSMI oleh pihak tertentu dengan pelbagai cara dan alasan untuk menjahanamkan bahasa Melayu sepatutnya dihentikan seberapa segera.
Tindakan undang-undang patut diambil dan dikenakan ke atas mereka dan didakwa di mahkamah kerana dasar PPSMI itu sendiri telah melanggar dan mencabul perlembagaan negara.
Aliah berkata..
1) Memanglah peratusan lulus PMR Sains dan Matematik 2008 naik. Tetapi hakikatnya 'passing mark' telah diturunkan.
Sebagai contoh, pelajar yang biasa mendapat markah 10 ke 25 pada ujian sekolah atau tidak pernah lulus dalam matapelajaran tersebut semenjak tingkatan 1 hingga 3 boleh mendapat D dalam PMR, manakala pelajar yang biasa mendapat markah antara 25 ke 40 boleh mendapat C. MUNGKIN juga pelajar yang dapat markah 65 dah dapat A dalam PMR, siapa tahu?
2) Macam mana nak ajar pelajar dalam bahasa Inggeris sedangkan pelajaran bahasa Melayu pun terpaksa diajar dalam dialek Jawa untuk memahamkan pelajar.
3) Tidak hairan juga prestasi pelajar sekolah teknik merudum akibat daripada pelajar yang kononnya dapat A dalam Sains dan Matematik tetapi tidak mempunyai keupayaan minimum untuk menyelesaikan masalah Matematik Tambahan.
4) Itulah sebabnya apabila tiba di IPT, pelajar-pelajar tersebut terpaksa mengulang 2, 3 kali kertas Matematik untuk sekadar lulus.
5) Kalau Kementerian Pelajaran betul-betul berani, dedahkan 'passing mark' untuk semua subjek Sains dan Matematik UPSR, PMR dan SPM.
6) Seumpama mencabut tiang seri rumah untuk di buat pagar.. kelakar..
7) Bila dah tidak faham apa yang diajar guru, pelajar tidak berminat, bila tidak berminat, pelajar mula buat hal, bila buat hal, pelajar diambil tindakan, bila ambil tindakan, ibu bapa mengadu. Bila mengadu, pengetua marah guru. Dah mereka memang tidak reti bahasa, left dengan right pun pelajar tak tahu. Ada yang sampai Tingkatan 5 pun tak reti baca dan tulis, SIAPA tahu???
Muhammad Sufyan berkata..
Sesungguhnya saya pun tak tahu saya berada di pihak mana, harap tuan dapatlah kelaskan saya di pihak yang mana, samada saya menyanggah PPSMI atau mengkut arus PPSMI..
Situasi di sekolah menengah, kelas Sains Tulen. Subjek SPM yang diambil adalah:
1. Bahasa Malaysia
2. English
3. Chemistry
4. Physics
5. Modern Mathematics
6. Additional Mathematics
7. Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
8. Sejarah
9. English in Science & Technology
10. Biology
Termartabatkah Bahasa Kebangsaan? 7/10 atau 70 peratus subjek diajar dalam B.I? _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.