HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Januari 2009

Calon guru hamil: Diskriminasi gender dikesali

Harakahdaily


KUALA LUMPUR - Amalan diskiriminasi gender Kementerian Pelajaran Malaysia amat dikesali dan membuktikan seolah-olah kaum wanita dilayan secara tidak adil oleh pentadibiran kerajaan selama ini.

Ketua Wanita KeADILan merangkap Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan kesemua peringkat pentadbiran negara, khususnya Kementerian Pelajaran agar menghapuskan dengan serta-merta segala amalan diskriminasi gender bagi mengotakan komitmen beliau untuk menamatkan ketidakadilan yang berunsurkan gender.

"Insiden seorang calon wanita yang memohon jawatan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) telah dinafikan hak untuk diambil bekerja hanya kerana beliau sedang hamil mengukuhkan pengamatan bahawa diskiriminasi gender di Malaysia terus berlaku," katanya dalam satu kenyataan media

Katanya ini memberi gambaran Perlembagaan mengenai pemberian hak kepada warganegara tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, tempat lahir atau gender (Perlembagaan Malaysia, Perkara 8[2]) hanya berupa tulisan-tulisan di atas kertas yang tidak memberi sebarang perlindungan yang bermakna kepada rakyat yang benar-benar memerlukannya.

Kerajaan sememangnya tidak acuh dalam meratakan pengetahuan dan penghayatan kesensitifan gender di kalangan masyarakat dan dalam pentadbiran kerajaan, katanya.

Malaysia, sebagai penandatangan (signatory) kepada CEDAW (UN Convention for the Elimination of All Forms of Discrimination against Women), selama ini telah dicanangkan sebagai komitted dalam menghormati hak wanita Malaysia malah Perkara 11 dalam Konvensyen tersebut menuntut setiap negara agar mengambil segala langkah ke arah menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita dalam bidang pekerjaan bagi memastikan keadilan sebagai hak asasi sejagat untuk semua manusia berlaku, kata Zuraida

"Tiada alasan yang logik dikemukakan dan tiada pula tercatat di mana-mana dokumen permohonan tentang syarat bahawa pemohon hamil tidak dibenarkan memohon pekerjaan tersebut.

"Jelas sebagaimana yang disebutkan oleh Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Lok Yim Pheng, bagi wanita yang dinafikan hak untuk diambil bekerja hanya kerana mereka sedang hamil adalah tidak adil, khususnya bagi mereka yang benar-benar berminat dalam profesion perguruan," katanya. - azm _

Tiada ulasan: