Halaman

Ahad, 22 Februari 2009

Pelajar koma dibelasah meninggal dunia

Oleh UMAVATHI RAMAYAH


KUALA LUMPUR – Episod kesengsaraan seorang pelajar tingkatan empat, Mohd. Azlin Mohamad, 16, yang koma setelah dibelasah sekumpulan remaja gara-gara berebut kekasih pada 13 Februari lalu, berakhir apabila dia meninggal dunia awal pagi ini.

Allahyarham Mohd. Azlin menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira pukul 3 pagi ini selepas bertarung nyawa tidak sedarkan diri sejak lapan hari lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim berkata, kes itu kini diklasifikasikan sebagai bunuh dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sehingga kini, kita menahan empat remaja belasan tahun yang dikatakan terlibat dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, sekumpulan 24 remaja belasan tahun dikatakan menyerang serta membelasah mangsa sehingga koma hanya kerana perebutan teman wanita berhampiran sebuah sekolah di Cheras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.