Halaman

Khamis, 19 Februari 2009

Polis kenal pasti

UTUSAN ONLINE


SHAH ALAM – Polis telah mengenal pasti teman lelaki kepada Elizabeth Wong yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan memanggil lelaki itu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bila lelaki itu akan dipanggil termasuk latar belakangnya.

“Kita akan panggil teman lelaki ADUN ini untuk kita rakamkan percakapan... Kita tahu siapa dia,” katanya selepas merasmikan bengkel khas kepada kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor sempena Tahun Zakat Selangor 1430 Hijrah di sini hari ini.

Bagaimanapun lelaki itu dipercayai berada di luar negara.

Tambah Khalid, pihaknya juga telah menerima dua keping gambar Elizabeth yang juga Exco kerajaan negeri dalam bentuk cakera padat daripada wartawan akhbar Malay Mail, semalam.

“Kita akan teliti dua gambar ini. Dalam masa yang sama, kita akan teliti juga laman-laman web yang turut terlibat menyiarkan gambar- gambar ADUN ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khalid menasihatkan orang ramai yang memiliki gambar ADUN berkenaan supaya memusnah atau menyerahkan kepada pihak polis.

Beliau memberi amaran, orang ramai yang mempunyai gambar itu boleh ditahan serta dituduh kerana memiliki atau menyebarkannya kepada umum.

“Saya nasihatkan mana-mana pihak yang ada simpan (gambar itu) agar musnahkan atau serah kepada pihak polis.

“Kalau kita dapat kesan, kita akan tangkap dan mereka yang terlibat boleh dituduh memiliki atau menyebarkan gambar tersebut,” jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.