Halaman

Jumaat, 6 Mac 2009

Keruntuhan kedaulatan undang-undang di Perak

SUARA KEADILAN ONLINE


KUALA LUMPUR : Exco Kanan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Ngeh Khoo Ham menyeru supaya semua pihak menghormati undang-undang yang ada jika mahu dihormati rakyat.

Menurut kenyataan beliau di Parlimen petang tadi beliau meminta supaya Setiausaha Kerajan Negeri Perak, pihak polis ataupun mahkamah untuk menghormati undang-undang dan tidak melanggar prinsip keadilan.

“Saya merayu sekali lagi kepada Barisan Nasional supaya menghormati sistem demokrasi kita dan bersetujulah membubarkan DUN supaya pilihanraya DUN Perak dapat di adakan untuk membolehkan rakyat memilih kerajaan pilihan mereka,” jelas Ngeh.

“Perak adalah sebuah negeri di bawah naungan seorang sultan yang dianaggap mempunyai pengalaman dan berpegetahuan yang tertinggi dalam undang-undang, namun negeri ini telah hiang pedoman dan tidak mengikut prinsip kedaulatan undang-undang,” kata Ngeh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.