Wan Kay
Kuala Terengganu - Pengerusi Parti DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing menyifatkan pemimpin UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan undang-undang ‘rimba’.
Katanya, situasi yang bercelaru di negeri Perak yang mengganggu-gugat kerajaan Pakatan Rakyat kerana ‘permainan’ para pemimpin yang tidak bertamadun itu.
“Kami (DAP) cukup kesal dan kecewa dengan sikap pemimpin Umno-BN yang terdesak sanggup menggunakan kuasa dan undang-undang ‘rimba’ mereka.
“Keadaan politik di Perak bercelaru kerana mainan pemimpin Umno-BN yang tidak bertamadun ganggu kerajaan Pakatan Rakyat di sana,” jelasnya dengan nada kecewa kepada Harakah, hari ini.
Beliau yang berkesempatan mengikuti perjalanan serta senario yang berlaku di Perak dari awal secara langsung serta berada di negeri tersebut baru-baru ini.
Menurutnya, rakyat dikelirukan dengan fakta songsang dan tafsiran undang-undang mengikut kehendak Umno dan Barisan Nasional (BN).
Bahkan, katanya institusi dan jentera kerajaan dipergunakan bagi menyekat kebenaran dipihak kerajaan Pakatan Rakyat.
“Rakyat jadi keliru mana satu fakta dan undang-undang yang betul. Undang-undang apa yang mereka (Umno-BN) pakai dan saya lihat mereka itu langsung tidak ikut peraturan,” ujarnya.
Menurutnya, kejadian yang berlaku di Perak kemungkinan boleh berulang lagi di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.