Halaman

Selasa, 23 Jun 2009

65 Huffaz Terima Elaun Isbat

TV SELANGOR


Seramai 65 huffaz dari sekitar Selangor hari ini menerima agihan elaun Isbat Hafazan Al-Quran daripada Pusat Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

Elaun Isbat Hafazan ini disampaikan Pengerusi Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hassan Ali di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Elaun Isbat ini bertujuan melahirkan lebih ramai huffaz yang berkualiti, seiring dengan keperluan semasa dan mendapat pengiktirafan serta galakan kerajaan negeri sebagai hafiz Al-Quran.

Elaun Isbat ini ditentukan melalui bilangan juzuk yang dihafaz oleh para huffaz tersebut iaitu RM200 kepada hufaz 10 juzuk, RM300 untuk 20 juzuk dan RM500 kepada yang menghafal 30 juzuk.

Hadir sama dan menyampaikan elaun isbat kepada penerima ialah Pengarah JAIS, Datuk Ahmad Khusrin Munawir.

Sementara itu, seorang penerima yang juga Imam Masjid Kuala Selangor, Sazali Yaakob melahirkan rasa syukur terhadap program yang disediakan oleh kerajaan negeri menerusi JAIS dan LZS.

Sementara itu, seorang ahli panel Shaharuddin Pangilun berharap agar program agama seumpama ini dapat diteruskan untuk memartabatkan Al-Quran dalam kehidupan umat manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.