Halaman

Khamis, 4 Jun 2009

'Asrama' pengemis bawah jejambat

Oleh NUR AISHAH MOHD. AMIN


KUALA LUMPUR - Golongan tidak berumah dan pengemis masih menjadikan kawasan awam di sini sebagai tempat untuk mereka berteduh daripada hujan dan panas.

Jika sebelum ini sasaran mereka ialah terowong pejalan kaki di Bulatan Edinburgh di sini tetapi kini mereka beralih pula ke jejambat di Jalan Loke Yew yang terletak tidak jauh dari terowong itu.

Tinjauan Kosmo! di jejambat itu semalam mendapati mereka berpindah ke lokasi tersebut selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membersih dan mengecat terowong pejalan kaki berkenaan.

Dalam tinjauan tersebut, kelihatan lima orang kutu rayau dan pengemis pelbagai keturunan sedang nyenyak tidur di bawah jejambat itu.

Barang-barang keperluan mereka seperti kerusi malas turut diletakkan di kawasan berdekatan tempat tidur masing-masing.

Kehadiran jurugambar Kosmo! yang merakam aksi mereka langsung tidak disedari walaupun keadaan persekitaran di situ bising dengan bunyi kenderaan.

Menurut seorang pekerja yang mengecat terowong Bulatan Edinburgh, Efwan Reza, 23, sejak kerja-kerja pembersihan terowong itu dijalankan, pengemis di situ berpindah ke bawah jejambat pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.