Halaman

Sabtu, 20 Jun 2009

Bawa Isu Kampung Perepat Ke Sidang Dun: S.Manikavasagam

TV SELANGOR


Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mahu isu tanah Kampung Perepat Klang Selangor yang dicetuskan ketika Selangor dibawah kerajaan negeri pimpinan Khir toyo dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang akan datang.

Beliau menggesa kerajaan negeri Pakatan Rakyat membantu menyelesaikan segera isu pengambilan tanah berkenaan yang diduduki oleh penduduk miskkin tetapi hak miliknya dalam tangan golongan mewah. .

Tanah seluas 16 hektar itu pada asalnya dipajakkan kepada penduduk miskin secara (TOL) sejak 29 tahun lalu. Tetapi kerajaan negeri pimpinan Khir toyo secara tiba-tiba menukar hak miliknya dan menyerahkan kepada beberapa kerat golongan kaya bergelar Datuk dan Tan Sri, tiga tahun lalu.

Manikavasagam turut menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM yang gagal bertindak walaupun beberapa laporan dibuat sebelum ini.

Hari ini beliau membuat laporan kali ke lima di pejabat SPRM Selangor berhubung isu penyelewengan Rancangan Revolusi Hijau Kampung Perepat..

Beliau turut menamakan beberapa individu merangkumi adun BN dan pegawai kerajaan yang terbabit dalam penyelewengan berkenaan.

Beliau menjelaskan, sebahagian daripada tanah yang digezetkan kepada bumiputera juga telah diberikan kepada golongan bukan bumiputera yang kemudian mendirikan bangunan tanpa menukar status tanah pertanian itu kepada taraf kediaman.

Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kapar, Bahkri Abdul Wahab meminta kerajaan PR menyelesaikan isu berkenaan dan mengembalikan hak milik tanah kepada pemilik asal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.