Halaman

Rabu, 3 Jun 2009

Gangguan Bekalan Air Di Klang, Kuala Langat Pertengahan Jun

BERNAMA


KUALA LUMPUR -- Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan sekitar Klang dan Kuala Langat pada 13 dan 16 Jun ini berikutan kerja-kerja pengalihan paip, pemasangan injap serta pemasangan "Water Balance Meter" di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Abdul Halem Mat Som, kerja-kerja pemasangan itu bertujuan memastikan bekalan air yang dibekalkan kepada pengguna di kawasan tersebut mencapai tahap optimum dan mencukupi.

Gangguan akan berlaku pada 13 Jun (Sabtu) mulai 5 petang hingga 7.30 pagi keesokan harinya (Ahad), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kawasan yang terlibat ialah seluruh kawasan Pelabuhan Klang, Bandar Klang Selatan (Jalan Kota Raja, Kampung Jawa Batu 1 hingga 3, Jalan Jati dan Jalan Raja Nong), Persiaran Seraya, Taman Selatan, Taman Chi Liung, Taman Gembira dan Kampung Raja Uda.

Turut terlibat ialah seluruh kawasan Pandamaran, Taman Andalas, Klang Jaya, Desawan, Taman Sentosa, seluruh kawasan Teluk Pulai, Sungai Udang, Kampung Delek, Jalan tepiSungai, Sungai Bertek, Telok Gadong Kecil, Taman Melawis, Pulau Indah, Bagan Teo Chew dan Sungai Lima, tambah beliau.

Menurut Abdul Halem lagi gangguan bekalan air di Kuala Langat pula melibatkan kawasan Taman Singkang Jaya, Taman Medan Indah dan Taman Sri Medan.

Sementara itu, katanya gangguan bekalan air juga akan belaku di kawasan Sungai Kapar Indah, Klang pada 16 Jun (Selasa) bermula 5 petang hingga 7 pagi keesokan harinya (Rabu).

Beliau menasihati pengguna supaya menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan dan sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.