Halaman

Selasa, 23 Jun 2009

Kuasa DBKL batal lesen premis di Lorong Haji Taib - Tutup premis pelacuran - KPN

KOSMO!


Musa menyemat pangkat Asisten Supritendan kepada Weai Leong yang cedera di kaki akibat ditembak oleh penjenayah pada majlis Penganugerahan Kenaikan Pangkat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersikap lebih tegas untuk bersama-sama polis memastikan kawasan Lorong Haji Taib di sini bebas daripada kegiatan pelacuran dan jenayah lain.

"Kita mahu DBKL bersikap tegas dan membersihkan kawasan itu daripada terus menerus menjadi sarang maksiat. Kenal pasti operator yang terlibat serta tutup terus premis berkenaan. Premis-premis sebegitu sepatutnya sudah tidak ada, kemudian barulah kita dapat bersihkan nama kawasan itu.

"Bukan polis yang memberi lesen kepada mereka untuk beroperasi tetapi DBKL, justeru saya minta agar pihak perbandaran memeriksa dahulu sebelum memberi lesen kerana mereka sebenarnya mungkin menjalankan perniagaan yang berunsur maksiat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penganugerahan pangkat Pemangku Asisten Suprintendan kepada Cif Inspektor Ang Weai Leong di Ibu Pejabat Polis Putrajaya semalam.

Weai Leong daripada Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur yang cedera terkena tembakan penjenayah di kaki kiri dan kanan semasa menjalankan tugas, ditukarkan ke Bahagian Siasatan dan Perancangan Bukit Aman (D8).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.