Halaman

Isnin, 22 Jun 2009

Masih Ramai Tidak Daftar Program TAWAS

TV SELANGOR


20 keluarga sekitar Selangor hari ini menerima Kad ahli Si Manja Tawas atau Tabung Warisan Anak Selangor dan Sjil Ambank daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Kad Ahli Si Manja Tawas dan Sijil AmBank ini disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Haniza Mohd Talha di Dewan Masyarakat Sri Manja, Petaling Jaya.

Menurutnya, Tawas adalah salah satu program yang diperkenalkan kerajaan pakatan rakyat dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan menghadiahkan pelaburan sebanyak RM100 kepada setiap anak yang lahir di negeri Selangor, bermula tahun lalu.

Beliau berkata, setiap peserta akan menerima sebanyak RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan itu, apabila mencecah usia matang 18 tahun.

Berucap pada majlis itu, beliau berkata Tawas adalah sumbangan permulaan kerajaan negeri kepada anak-anak Selangor yang memperlihatkan kesungguhan kerajaan negeri mengagihkan kekayaan untuk dinikmati bersama rakyat.

Menurut Haniza lagi, Kerajaan Negeri memperuntukkan 10 juta ringgit untuk tabung berkenaan, tetapi setakat ini hanya segelintir sahaja yang mendaftarkan bayi mereka.

Justeru, Haniza menyeru orang ramai yang belum mendaftarkan anak mereka dalam TAWAS supaya segera berbuat demikian kerana banyak faedah yang akan diperolehi daripada program ini.

Turut sama menjayakan majlis pagi tadi adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Perunding Kesihatan Pusat Perubatan Sunway, Dr.Rajini Sarvananthan dan Pakar Pemakanan Universiti Putra Malaysia ,Dr Poh Sui Lan.

Beliau menyifatkan usahasama kerajaan negeri dengan AmBank adalah satu bentuk kerjasama yang baik dan bakal memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Pada majlis itu, pertandingan bayi comel dan bayi sihat turut diadakan, selain penerangan mengenai kesihatan dan pemakanan kanak-kanak.

Sementara itu,beberapa ibubapa yang ditemui berasa amat bertuah kerana dapat menyertai program tersebut yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.