MALAYSIA KINI
Polis menutup kawasan majlis makan malam untuk mengumpul dana anjuran DAP bagi kira-kira 3,000 orang di Klang dan turut merampas peralatan pembesar suara.
Ramai anggota polis ditempatkan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago di Bayu TInggi, tempat jamuan makan malam itu dijadual diadakan.
Turut kelihatan ialah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU), termasuk trak meriam air.
Menurut blog Charles Santiago, polis Selangor telah membatalkan permit yang sebelumkan diluluskan oleh ibupejabat polis Klang.
"Pada jam 4.45 petang, tujuh trak FRU dan dua trak meriam air kelihatan di kawasan tersebut dan polis menutup jalan masuk ke kawasan majlis makan malam DAP itu akan diadakan," tulis blog tersebut.
Menurutnya, Santiago tidak dapat menghubungi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
Blog itu juga menyatakan bahawa pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara pada jam 6.20 petang tadi. Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu juga hadir dan cuba berunding dengan pihak polis.
Ketika dihubungi, seorang pembantu Santiago memberitahu Malaysiakini bahawa polis mahu majlis makan malam itu diadakan di kawasan tertutup.
Kemah-kemah telah didirikan di luar pejabat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.