HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Jun 2009

Selangor Rancang Adakan Pengajian Pengurusan Masjid Di KUIS

TV SELANGOR


Cadangan mewujudkan pengajian peringkat diploma pengurusan masjid di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), masih dalam perbincangan.

Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata, pengajian itu melibatkan aspek kerohanian, hartanah, perakaunan, pentadbiran dan beberapa bidang berkaitan.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pengurusan Masjid di Shah Alam hari ini.

Konvensyen dua hari ini membabitkan penyertaan hampir 400 nazir masjid dan surau di seluruh negeri Selangor ini bertujuan melahirkan
pengurusan masjid yang cekap, sistematik dan bertaraf 5 bintang.

Selain itu, beliau berharap 378 masjid yang terdapat di Selangor ketika ini dapat dimanfaatkan dengan pelbagai acara masyarkat islam dan tidak terhad kepada ibadat sembahyang sahaja.

Pada majlis itu, Tan Sri Khalid turut melancarkan portal e-masjid yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Dalam pada itu, beliau berharap ahli Jawatankuasa yang baru dilantik, dapat membawa satu pemikiran baru dalam pengurusan masjid untuk memantapkan lagi aktiviti di isntitusi berkenaan.

Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Ahmad Khusrin Munawi berkata, konvensyen ini memberi maklumat kepada ahli jwatankuasa yang baru tentang kaedah-kaedah pengurusan masjid yang harus dijalankan.

Beliau berkata, portal e-masjid pula diwujudkan untuk memberi maklumat kepada semua penduduk Selangor dan warga masjid yang mempunyai sistem komputer, dengan mudah dan pantas.

Tiada ulasan: