Halaman

Khamis, 4 Jun 2009

'Slogan Pas for All' meyakinkan saya- R.Kumutha

Ditulis oleh Te@m I.T


SHAH ALAM - "Slogan 'Pas for All' memberi keyakinan kepada saya untuk mewakili Pas di N40 Tiram pada pilihanraya lalu," ujar R. Kumutha ketika menghadiri Majlis Perasmian Muktamar Dewan Muslimat kali ke-49 yang berlangsung pada hari ini.

Beliau yang hadir tampil anggun berbusana tradisional India berwarna biru itu menyatakan bahawa slogan yang digunakan oleh PAS itu membawa ombak perubahan kepada situasi semasa. Menurutnya, semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa, namun begitu manusia kini dibezakan mengikut bangsa.

Beliau tidak dapat menyembunyikan rasa kagumnya apabila memberitahu bahawa slogan dan perlembagaan PAS yang dibacanya tidak mengandungi walau satu perkataan pun yang memaksa penganut bukan Islam untuk memeluk Islam sebelum menyertai PAS.

Dalam temubual yang sama, R. Kumutha juga mengakui kekuatan muslimat Pas penting terutama ketika menghadapi pilihanraya sehingga usaha-usaha ke arah mencapai kejayaan yang cemerlang kepada Pas.

"saya yang turut sama berkempen sewaktu pilihanraya kecil Bukit gantang kagum dengan tenaga dan kekuatan muslimat pas turun masuk kampung dalam memberi penerangan," ujarnya ketika ditemui selepas majlis perasmian yang baru sahaja berakhir sebentar tadi.

Malah, beliau yang juga wakil Kelab Penyokong PAS, turut menggesa para ahli Kelab Penyokong PAS supaya lebih aktif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.